KM Sarawak Berjiwa Rakyat

Posted: March 12, 2015 in Uncategorized

Inilah dia Ketua Menteri Sarawak yang amat disanjungi oleh rakyat Sarawak iaitu Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem.

image

Beliau terkenal dengan sifat ramahnya namun tegas dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri.
Beliau tetap rendah diri walau pun pangkatnya membezakan beliau dengan orang lain. Baginya semua itu hanya  sekadar pangkat dan yang penting tugasannya sebagai Ketua Menteri itu haruslah digunakan sebaiknya untuk membantu rakyat jelata.

image

image

Lihat sendiri bagaimana beliau tidak membezakan dirinya dengan rakyat biasa. Tiada masalah untuk beramah mesra dan berjalan sendiri ke kawasan seperti pasar tani, warung atau kedai makan biasa.

Di sini lahirnya kasih sayang orang- orang Sarawak kepada Ketua Menteri mereka iaitu Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem. Malah menteri- menteri yang seangkatannya juga amat menyenangi sifat rendah diri beliau.

Tugasan sebagai Ketua Menteri amatlah mencabar dan beliau tetap tabah untuk menangani setiap masalah atau isu di dalam negeri Sarawak.

Kami juga berharap Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem akan terus berbakti   demi rakyat.. Kemajuan negeri Sarawak.. Kemakmuran, keamanan dan keharmonian..  Tanpa wujudnya rasis di dalam negeri mahu pun seluruh Malaysia..

Selamat Tahun Baru Cina 2015

Posted: February 17, 2015 in Uncategorized

image

Selamat menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya pada yang berbangsa Cina.

Moga tahun kambing 2015  ini akan membawa tuah dan juga keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian.
Dan juga berfikiran positif untuk menuju ke hadapan.

Bagi yang balik kampung berhati-hati semasa memandu. Dan dengan ini saya ucapkan GONG XI FA CHAI.. WAN SHE RU YI…

Siapa Dalang Di Sebaliknya???

Posted: December 24, 2014 in Uncategorized

APA NI??!! MANA PERGI PARTI-PARTI KUAT SARAWAK???

image

                ” adakah ini pasti??? “

Rasanya ini satu penghinaan bagi parti-parti yang ada di Sarawak. Perlu ke Umno masuk ke Sarawak?
Apa agenda di sebalik kemasukkan Umno dalam Sarawak. Apakah tindakan wajar yang akan diambil oleh Ketua Menteri Sarawak Adenan dan juga ahli-ahli Pbb yang sedia ada? Adakah mereka akan tergugat dengan kehadiran Umno dalam Sarawak???

Adakah ini satu ancaman kepada anak Ketua Menteri iaitu Aziz atau pun terus mengecam Ketua Menteri Adenan??? Setelah Sarawak dipegang oleh Adenan dan dengan jayanya negeri Sarawak semakin maju serta mendapat sokongan rakyat yang padu dan tiba-tiba pula ada yang nak KACAU DAUN???

Dengar kata Fadillah dan Aziz tidak ada perbalahan selama ini dan mungkin cuma ada percanggahan pendapat dalam politik itu adalah lumrah. Namun jika Umno memasuki Sarawak ini adalah salah satu idea Fadillah maka tidak dinafikan lagi memang ada percanggahan pendapat politik di sini.
Dan bagaimana pula pendapat ahli-ahli parti lain? Mereka menyokong ke Umno masuk ke Sarawak? Rasanya Pbb sudah cukup kukuh untuk Sarawak dan tiada yang lebih layak lagi selain orang-orang Sarawak sendiri yang lebih mengenali rakyat jelatanya dan kehidupan seharian mereka.

Demi mempertahankan keharmonian Sarawak yang sekian lamanya, saya rasa isu ini perlu diperjelaskan dengan sebaiknya agar  tidak ada pihak yang tersinggung. Bukannya kami hendak mencanang cerita atau membakar api yang sedang marak namun ini sudah melampau. Memang kita sudah ketahui kewujudan Pbb dalam Sarawak selama ini.

Dan di mana pentingnya kemasukkan Umno pula secara mengejut?

image

                 ” adakah ini benar??? “

Dan amat mengejutkan kami menerima info ini. Siapa yang tidak kenal pada Mohd Redhuan Tee Abdullah. Adakah program ini berunsurkan rasis? Jangan sekali-kali cuba mencabar Ketua Menteri Adenan dengan menghasut serta memainkan isu agama. Perkara yang paling PANTANG dalam hidup beliau adalah sesiapa yang bersikap perkauman. Jangan juga cuba membuat sesuatu yang akan membuatkan perpecahan berlaku antara rakyat yang berbilang kaum dan bangsa di Sarawak.
Jangan cabar atau pandang rendah pada kewibawaan Ketua Menteri Sarawak. Beliau mampu mentadbir negeri Sarawak dan ahli-ahli Pbb juga layak untuk pertahankan parti mereka demi negeri Sarawak.

Pada yang cuba memecahbelahkan perpaduan negeri Sarawak tu kenalah beringat ye. Tak semua yang kita inginkan akan tercapai jika niat tak baik itu wujud dengan hasad dengki.

2 PERKARA DI ATAS ADALAH AMAT SENSETIF. SILA JELASKAN PERKARA SEBENAR AGAR TIADA YANG RAGU PADA KESETIAAN ANDA PADA PBB. SARAWAK BUMI INDAH DAN RAKYATNYA YANG BERSATU PADU SERTA DALAM KEADAAN YANG HARMONI. JANGAN SILAP LANGKAH NANTI PADAH JAWABNYA.

Selamat menyambut Krismas kepada Chong DAP. Jangan lupa jemput kami yer. Hehe..
Masa menyambut perayaan macam ni persoalannya ialah Chong menghentam Fadillah seperti artikel yang disiarkan dalam Borneo Post??? Wahlau weiii… http://www.sarawakiana.net/2014/12/sprm-saran-chong-kemuka-bukti-dakwaan.html

image

Di manakah penyokong-penyokong Fadillah dan Tengah yang sepatutnya menjadi benteng bagi sebarang serangan daripada musuh? Unspinners??? Mana blogger Melanau??? Opppsss nanti kena bom pulak saya yer.. haha sakit hati bila dipersoalkan? Begitulah juga orang lain.
Jangan hanya pandai berlagak dengan nama dan status sebagai blogger namun lepas tangan bila tidak tahu nak buat apa. Dan juga jangan sebarang nak belasah orang lain jika tidak tahu asal usul kejadiannya. Sepatutnya sesama blogger bukan sesama menghentam orang sendiri. Bekerjasama ini kan lebih elok dari bermusuhan.

Berita ini yang tidak dilaporkan dan juga merupakan salah seorang yang rapat dengan Fadillah, kalau tak silap dari sumber kami mengatakan adalah Ketua setiausaha politik. Saya tahu dia tidak mengenali saya namun banyak mata dan telinga yang tengah memerhatikan dan mendengar serta menilai. Adakah kita perlu mendedahkannya di sini??? Rasanya tidak perlu kerana Chong dari Dap mungkin hanya mengumpan ianya  bagi kita? Adakah orang lain dalam RADAR BARU DAP?????

Baru-baru ini seorang menteri kanan terkena serangan hebat lagi melampau daripada Chong. Di mana pemain pertahanan diri kepada dua menteri kanan itu? PECAH PALAK MIKIR ATAU MELANAU BLOGSPOT??? Takkan tak ingat nak BACK UP pulak?

Kami ingin mengetahui apakah tujuan kedua-dua serangan oleh Chong pada masa ini? Di mana kah pembelaan dari mereka yang rapat dengan menteri-menteri itu? Adakah mereka hanya ‘memberus semuanya di bawah permaidani‘ ? Saja nak lepaskan tangan? Atau saja nak tengok drama?
Chong kehabisan idea ke? Setiap soalan mesti ada jawapannya. Kenapa pertikaikan isu ini? Sebelum bercakap kena ada bukti dulu yer.

Sila jangan pandang rendah atau remehkan budi baik Ketua Menteri Adenan. Ketua menteri kita adalah yang terbaik dalam yang terbaik. Jangan sampai beliau pulak yang masuk campur nanti. Wayang akan dipaparkan di pawagam berhampiran anda selepas Perayaan Tahun Baru. Jeng jeng jeng nantikan yer. Tengok siapa pelakon terhebat di arena politik Malaysia.

Mengambil kesempatan ini saya  mengucapkan selamat menyambut  Krismas dan Tahun Baru 2015 kepada semua tak kira kawan, sedara atau musuh.. hikhik.. 0-0 yer..
Teruskan menyokong  whizzekidgal.wordpress.com.. Berita terkini sensasi politik Malaysia..

Hahahaha ramai yang sakit jiwa dan SENTAP dengan kenyataan whizzekid. Dan ramai juga yang salah faham disebalik apa yang whizzekid maksudkan.

image

Halo Encik PPM.. Awak menyebelahi Unspinner tu kenapa? Best friend ke?  Hahhahha saya memang menyebelahi Aziz Adenan. SO WHAT??!! TAK SALAH KAN??  SEBAB SAYA BERPIHAK PADA BN SARAWAK.

Mereka daripada golongan yang baik-baik dan malah mereka berusaha keras untuk Sarawak lebih maju ke hadapan. Cumanya ramai musuh dalam selimut yang cuba ‘MEMBUNUH DALAM SENYAP’.
Bila kuasa membutai minda dan akal fikiran jadi kosong.

Awak apa tau PPM?  Apa yang sebenarnya terjadi di dalam Sarawak? Jangan memandai nak lagakan orang lain kerana belum tentu apa yang awak buat tu betul. Awak pun banyak artikal yang membuta tuli melagakan orang. Hehehe.. Alahai apalah yang awak tau.. Awak pun macan Unspinner bukannya orang Sarawak kan??

Jangan kerana dendam pada Aziz dan terusan nak kutuk orang. Luka lama berdarah kembali??  Hahaha jiwang lah pulak yer.

Siapa cakap Fadillah dan Aziz bermusuhan?  Tengok kiri kanan depan belakang dulu sebelum nak bantai membelasah orang tu. Tak semua orang PERFECT. Adakalanya kita hanya menyuarakan bukan terus mengecam. So tak payah nak melagakan whizzekid dengan orang lain.. Mind your own.. Jangan jaga tepi kain orang.

image

              ”TALK TO MY HAND”

image

Kalau benar itu adalah benar. Kenapa perlu menyorok di sebalik topeng hodoh itu?? Kalau benar anda seorang blogger jangan bersembunyi di sebalik seseorang. Urgghhhh sia-sia jadi blogger jika pengecut dan cuba mencucuk sesama sendiri hanya kerana kepentingan sendiri.

PBB di Sarawak amat teguh dan kuat. Tiada siapa pun boleh menggoyahkan keharmonian serta keteguhan teras yang mereka pertahankan selama ini. Setakat hasutan seorang blogger jalanan rasanya PBB tidak perlu gentar. Siapa yang cuba melagakan CM Adenan dan juga Fadillah?  Kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang.

Dan kalau betullah ada yang tidak kena dengan mereka ini mana mungkin mereka bersama di majlis SEDC baru-baru ini???
Bila kecoh pasal whizzekidgal menulis dan memberi pendapat dan ramailah yang nak tokok tambah supaya cerita jadi PANAS???

image

Siapa sematan ke lawas?  Siapa bujangsenang? Buaya darat? Buaya sungai Sarawak? Hikhikhik.. Nak kecohkan keadaan dengan cerita-cerita panas kononnya itu dan ini. Nak dapat nama kena jual nama orng lain ke? Atau nak dapatkan nama kena busukkan nama orng lain dahulu? Nak glamour bukanlah sebagai blogger, jadilah seorang pelakon. Dunia politik penuh hasat dengki!!! Tak dapat yang itu yang ini pun dia bantai. Bukannya kira keluarga atau sahabat. Semua dia boleh bunuh.

Siapa lagi nak melagakan Aziz dan orang-orang kanannya??? Silakanlah..  mereka tidak akan berpecah kerana mereka setia bersama CM dan juga Barisan Nasional Sarawak. Jika mereka tidak teguh bersama sudah lama empayar yang dibina terumbang ambing. Bukan sekadar kena hasutan seorang blogger jalanan dn maka semuanya hancur. Siapa anda fikir lebih berkuasa? Pangkat atau sekadar kata-kata hasutan???

Hentikanlah kerja bodoh sekadar nak dapatkan nama tu. Takkan ke mana jika kerja hanyalah sibuk menghasut orang. Tak berkat kerja jika asyik iri hati dan hasad dengki tak habis-habis.  

I KNOW WHAT YOU DID LAST TIME.. Jeng jeng jeng.. Hikhikhik..

BANGKITLAH!!!

Posted: December 11, 2014 in Uncategorized

Politik politik politik.. Sana sini politik.
Kerana politik manusia sesama sendiri bermusuhan, hipokrit, bermuka-muka.

Jangan menafikan kerana kebanyakannya berlaku di sekeliling kita. Apakah fungsi politik sebenarnya???
Politik sepatutnya usaha untuk memajukan negara dan juga membantu rakyat namun sebaliknya berlaku zaman sekarang. Orang-orang kita tidak sebijak zaman Tunku Abdul Rahman kerana kepentingan peribadi menjadi agenda utama dalam politik.
Kawan makan kawan tak payah cakap lagi. Ada yang dalam keluarga sendiri pun boleh bertelagah demi kuasa, pangkat dan darjat. Malah ada yang sanggup kehilangan orang tersayang kerana politik.
Aduhaiiiii politik zaman 2020 apa akan jadi???

Sedihnya melihat anak bangsa yang tidak menghargai kemerdekaan yang kita perolehi zaman dulu dengan susah payahnya. Anak-anak zaman sekarang yang lebih bersenang-lenang dengan habuan dan rasuah sana sini.

Wahai anak bangsa!!! Dimanakah maruah anda sebagai anak Malaysia? Jangan gadaikan maruah demi wang ringgit semata-mata.

Siapa cakap wang ringgit tak penting?  Memang penting. TAKE NOTE OK!!!  TAPI DENGAN CARA YANG BETUL, BUKAN MENDAPATKANNYA DENGAN CARA KOTOR.

Bangkitlah wahai anak-anak muda. Buka minda.. Buka mata.. Jangan buta hati!!!