Siapa Dalang Di Sebaliknya???

Posted: December 24, 2014 in Uncategorized

APA NI??!! MANA PERGI PARTI-PARTI KUAT SARAWAK???

image

                ” adakah ini pasti??? “

Rasanya ini satu penghinaan bagi parti-parti yang ada di Sarawak. Perlu ke Umno masuk ke Sarawak?
Apa agenda di sebalik kemasukkan Umno dalam Sarawak. Apakah tindakan wajar yang akan diambil oleh Ketua Menteri Sarawak Adenan dan juga ahli-ahli Pbb yang sedia ada? Adakah mereka akan tergugat dengan kehadiran Umno dalam Sarawak???

Adakah ini satu ancaman kepada anak Ketua Menteri iaitu Aziz atau pun terus mengecam Ketua Menteri Adenan??? Setelah Sarawak dipegang oleh Adenan dan dengan jayanya negeri Sarawak semakin maju serta mendapat sokongan rakyat yang padu dan tiba-tiba pula ada yang nak KACAU DAUN???

Dengar kata Fadillah dan Aziz tidak ada perbalahan selama ini dan mungkin cuma ada percanggahan pendapat dalam politik itu adalah lumrah. Namun jika Umno memasuki Sarawak ini adalah salah satu idea Fadillah maka tidak dinafikan lagi memang ada percanggahan pendapat politik di sini.
Dan bagaimana pula pendapat ahli-ahli parti lain? Mereka menyokong ke Umno masuk ke Sarawak? Rasanya Pbb sudah cukup kukuh untuk Sarawak dan tiada yang lebih layak lagi selain orang-orang Sarawak sendiri yang lebih mengenali rakyat jelatanya dan kehidupan seharian mereka.

Demi mempertahankan keharmonian Sarawak yang sekian lamanya, saya rasa isu ini perlu diperjelaskan dengan sebaiknya agar  tidak ada pihak yang tersinggung. Bukannya kami hendak mencanang cerita atau membakar api yang sedang marak namun ini sudah melampau. Memang kita sudah ketahui kewujudan Pbb dalam Sarawak selama ini.

Dan di mana pentingnya kemasukkan Umno pula secara mengejut?

image

                 ” adakah ini benar??? “

Dan amat mengejutkan kami menerima info ini. Siapa yang tidak kenal pada Mohd Redhuan Tee Abdullah. Adakah program ini berunsurkan rasis? Jangan sekali-kali cuba mencabar Ketua Menteri Adenan dengan menghasut serta memainkan isu agama. Perkara yang paling PANTANG dalam hidup beliau adalah sesiapa yang bersikap perkauman. Jangan juga cuba membuat sesuatu yang akan membuatkan perpecahan berlaku antara rakyat yang berbilang kaum dan bangsa di Sarawak.
Jangan cabar atau pandang rendah pada kewibawaan Ketua Menteri Sarawak. Beliau mampu mentadbir negeri Sarawak dan ahli-ahli Pbb juga layak untuk pertahankan parti mereka demi negeri Sarawak.

Pada yang cuba memecahbelahkan perpaduan negeri Sarawak tu kenalah beringat ye. Tak semua yang kita inginkan akan tercapai jika niat tak baik itu wujud dengan hasad dengki.

2 PERKARA DI ATAS ADALAH AMAT SENSETIF. SILA JELASKAN PERKARA SEBENAR AGAR TIADA YANG RAGU PADA KESETIAAN ANDA PADA PBB. SARAWAK BUMI INDAH DAN RAKYATNYA YANG BERSATU PADU SERTA DALAM KEADAAN YANG HARMONI. JANGAN SILAP LANGKAH NANTI PADAH JAWABNYA.

Leave a comment